Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membelanjakan RM1.17 bilion untuk menangani wabak COVID-19 setakat 31 Oktober lalu.
Menerusi perkongsian di Twitter KKM sebentar tadi, sebahagian besar perbelanjaan itu adalah untuk pembayaran elaun khas petugas barisan hadapan berjumlah RM275 juta, pembelian PPE berjumlah RM262 juta dan pembelian reagen rapid test dan penyumberan luar makmal swasta untuk ujian saringan berjumlah RM210.
Kenyataan itu telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan II, YB Datuk Aaron Ago Dagang di Dewan Rakyat pagi ini.
Menurutnya, jumlah tersebut tidak termasuk bayaran emolumen petugas kesihatan yang terlibat dalam rawatan, kawalan dan pencegahan wabak yang mana peruntukan tersebut sudah ada di bawah peruntukan sedia ada KKM.
Sumber: KKMPutrajaya