
KKM Ambil Perhatian Serius Isu Air Telaga Ion
PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberikan respon berhubung penggunaan air telaga yang dikatakan air terapi perigi ion.
Dalam satu hantaran di platform X (Twitter), KKM menegaskan pihaknya mengambil berat berhubung isu berkenaan.
“Terima kasih atas keprihatinan anda. KKM mengambil perhatian mengenai isu ini,” maklum KKM dalam satu kenyataan ringkas.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai satu rawatan mandian daripada air perigi tersebut yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik.
Sumber: X @Kementerian Kesihatan Malaysia