
Tular beberapa hari ini mengenai video Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia yang mendakwa beliau tidak mengambil dos penggalak.
Bagaimanapun menurutnya rakaman tular tersebut adalah sidang media yang telah pun berlangsung pada 20 September 2021 tahun lalu.
Khairy menjelaskan penjelasan tersebut menerusi satu kenyataan di Twitter rasminya pagi tadi.
“(Itu) Video sidang akhbar 20 Sept 2021. Since then we know more about vaccine waning immunity & Omicron entered the equation.
Sebab itu sekarang dos penggalak digalakkan. With a novel virus, what we know about it can change. So policies have to adapt,” tulisnya di akaun Twitter.
Tambah beliau, bagi mereka yang anti dan ragu-ragu, mereka akan mencari video lama untuk menggambarkan situasi sekarang.
Jelas Khairy, demikianlah ‘cara’ terbaik yang boleh dilakukan mereka untuk menyebarkan berita palsu.
“Jadi kita kena rajin jawab, jawab benda yang sama seribu kali pun kena buat. Begitulah cara anda melawan infodemik,” katanya.
Sumber: Twitter KJ