KJ Buat ‘Spot Check’ Di Klinik Dengkil, Umum Lulus Peruntukan Segera Bina Bangunan Tambahan
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa ‘extension’ bangunan bagi klinik ibu dan anak di Klinik Kesihatan Dengkil akan diluluskan dengan kadar segera.
Kredit Khairy Jamaluddin/TwitterMenerusi perkongsian di laman Twitter rasminya, beliau berkata, walaupun perkhidmatan yang diberikan baik tapi kawasan bagi Klinik Kesihatan itu agak sesak dan waktu menunggu juga lama.
Selain itu, jumlah ‘parking’ yang terhad juga membuatkan kesesakan berlaku di situ.
Kredit Khairy Jamaluddin/Twitter“Saya meluluskan segera ‘extension bangunan bagi klinik ibu dan anak serta kelengkapan mesin ultrasound dan biochem.
“Banyak pelaburan yang diperlukan untuk menaik taraf kesihatan primer,” kata KJ dalam tweetnya.
Kredit Khairy Jamaluddin/TwitterBeliau juga bersetuju untuk Dengkil mempunyai Klinik Kesihatan yang baharu. Kerana keadaan di Klinik Kesihatan itu agak sesak buat warga Dengkil dan sekitarnya.
“Saya setuju Dengkil memerlukan Klinik Kesihatan baharu. Extension bangunan cuma penyelesaian jangka pendek. Pembinaan Klinik Kesihatan baharu akan dimohon dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Kredit Khairy Jamaluddin/TwitterBeliau juga berkata bahawa akan ada berita gembira buat warga Cyberjaya dalam masa seminggu dua lagi.
Sumber: Khairy Jamaluddin/Twitter