SEGELINTIR masyarakat kita masih lagi tidak dapat dipisahkan dengan penyebaran berita atau maklumat palsu.
Asal terima sahaja, terus kongsi pada orang lain tanpa memikirkan dahulu sejauh mana kesahihannya.
Isu ini berlarutan sejak sekian lama, sehinggalah ke tempoh musim wabak COVID-19 kini.
Terbaharu, satu karangan berbahasa Arab yang dikatakan ‘syair’ daripada sebuah kitab bernama Aza’imu Duhur didakwa dikarang oleh ulama’ pada 1,000 tahun lalu mempunyai bahagian yang meramalkan kemunculan wabak COVID-19 pada hari ini.
Mesej berantai berkenaan kandungan syair tersebut telah tersebar ke beberapa media sosial khususnya aplikasi WhatsApp dan akhirnya sampai ke pengetahuan pihak mufti.
Bagaimanapun, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah membuat kenyataan di Facebook bahawa karangan syair kitab tersebut adalah palsu.





Sebab itu Allah SWT berfirman, sekiranya mendapat sesuatu berita, selidiklah atau tabayyun dahulu sebelum menerima atau menyebarkan kepada orang lain.
Semoga kita terhindar daripada amalan menyebar berita palsu ini.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan