
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad berkata keputusan terkini ke atas status penempatan Israel di dalam wilayah Palestin adalah tidak masuk akal kerana ia seolah-olah mengizinkan rampasan tanah oleh sesebuah negara jiran.
Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri mengulas isu tersebut.

Dalam pada itu, Dr Mahathir melahirkan rasa bimbang dengan pengumuman tersebut yang dianggap seperti menggalakkan lagi kekejaman tentera Israel yang ketika ini sedang ghairah melakukan pembunuhan dan serangan ganas ke atas Gaza.
Sumber: Dr Mahathir Mohamad