Kita Telah Memasuki Gelombang Ketiga Pandemik Covid-19 – Tan Sri Dr. Noor Hisham

Azmil

Dalam sidang media perkembangan terkini Covid-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham petang tadi, beliau ada mengingatkan bahawa negara kita sekarang telah memasuki gelombang ketiga Covid-19.

Tambah Noor Hisham lagi, dalam gelombang ketiga ini adalah tanggungjawab kita semua untuk mengawal jangkitan Covid-19 dalam negara kita. Dr.Noor Hisham juga mengingatkan semua rakyat untu mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan seboleh-bolehnya duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar.

Hari ini Malaysia mencatat 375 kes positif baharu Covid-19 dan 371 daripadanya adalah kes jangkitan tempatan.

Sumber: KKM