
Sebagai umat Islam, kita sentiasa dituntut untuk melakukan kebaikan dan menyebarkannya kepada orang lain termasuk kepada orang bukan Islam. Ketahuilah bahawa sikap, pertuturan dan pemikiran kita juga sentiasa menjadi cerminan kepada agama yang kita amalkan.
Justeru, tunjukkanlah teladan yang baik supaya kita boleh menjadi ‘ejen’ kepada agama dan menarik orang bukan Islam untuk memahami agama kita dengan lebih mendalam.
Seperti yang dikongsikan oleh Zunita Ramli di Facebook, dia ditakdirkan bertemu dengan seorang warga Jepun yang sangat berminat untuk mengetahui mengenai agama Islam.
Dilontarkan dengan pelbagai soalan, dia menerangkan satu persatu kekeliruan yang membelenggu individu tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisahnya, ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Seorang warga Jepun, saya kira usia dalam separuh abad datang sambil menunjukkan tempat kosong di sebelah saya.
“Yes, sure”
“I am sorry to bother you, but I want to ask few things about Islam”
Mungkin melihat saya pakai hijab, jadi dia tergerak hati untuk tanya persoalan yang bersarang di mindanya mengenai Islam. Dia pun mula bertanya pasal halal-haram dalam makanan orang Islam, kemudian masuk topik agama Islam secara am, pasal Nabi Muhammad, pasal kurma pun ada!
“Can you eat dates that are grown in non-muslim countries like Thailand?”
Comel sungguh soalan dia.
“I read Koran and some other sources mentioned Prophet Muhammad eat specific type of dates. Do you know?”
Tekun dia salin nota sambil dengar penerangan saya.
“Do you know now is the fasting month of Ramadan?,” tanya saya pula, cuba menduga.
Saya terangkan sekarang adalah bulan puasa dan umat Islam seluruh dunia berpuasa dan digalakkan (sunnah) berbuka puasa dengan kurma. Tiba-tiba mukanya berkerut. Mungkin tak faham kenapa kurma.
“I am not sure the exact reasons but personally, I think there are two things. First, if we look at spritual reason, of course we would like to imitate whatever our Prophet Muhammad (pbuh) did. He likes to break the fast with dates, so we imitate that.”
“Second, from nutritional reason, dates are very sweet. So dates contain a lot of energy. Your body needs instant energy after fasting 14 hours hence dates are very good choice – it can give you instant energy but “light” to your empty stomach,” panjang lebar saya bercerita.
Dia mengangguk senyum.
Sedar tak sedar, hampir sejam juga kami berbual mengenai Islam dan menjawab persoalan-persoalannya mengenai Islam. Saya bersyukur Allah beri kelancaran untuk menjawab persoalan yang dilontarkan. Harapnya dengan jawapan yang saya berikan, buatkan dia lebih terbuka mengenai Islam.
“By the way, why are you here?” Baru nak tanya. Haha. Sabar je lah.
“Actually I am one of the exhibitors here. I am the Managing Director and please come to our Tokyo Organic HQ booth. We supply Muslim Friendly and natural skincare,” jawab saya sambil menghulurkan kad bisnes, sikit lagi nak promote set raya TO x Tupperware tu
“Thank you very much for your time. Actually I always want to know about Islam. Can we keep in touch if I have more questions?”
“Yes sure, as you pleased”
Sungguh, kita ni sebenarnya adalah “duta kecil” untuk agama dan negara kita sendiri. Kita sentiasa diperhatikan dengan orang sekeliling kita, samada kita sedar atau tidak.
They don’t read Quran & hadith, but they read us.
Sumber: Zunita Ramli