Perlawanan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menyaksikan Malaysia kalah tipis 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Bukit Jalil malam ini.
Skuad Harimau Malaya mendahului permainan dengan jaringan gol Muhammad Syafiq Ahmad dalam minit pertama sebelum dipintas dengan dua gol UAE pada minit ke 43 dan 74.
Prestasi pemain mendapat penghargaan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Twitter beliau.
Kiriman beliau mendapat pelbagai respon dari para penyokong yang rata-rata bersikap positif terhadap keputusan tersebut.
Permainan yang baik
Tahniah skuad negara kerana beri cabaran hebat kepada gergasi Asia
Malaysia dah buat yang terbaik
UAE bernasib baik. Malaysia dah lakukan yang terbaik menggentarkan UAE
Sementara itu, tanda pagar Harimau Malaya turut trending tempat pertama di laman Twitter.
Tak perlu kecewa
“UAE menangi perlawanan, Malaysia menangi hati kami”
Tiada apa yang perlu dimalukan
Sumber: Twitter