Twitter Dato' Lee Chong Wei

“Kita Hormat, Nak Minum Air, Kita Minum Di Hujung Gelanggang”, Dato’ Lee Chong Wei Imbau Kenangan Berlatih Ketika Ramadan

Amir Zakwan

Bulan Ramadan adalah bulan di mana semua umat Islam diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar(Subuh) sehingga terbenam matahari(Maghrib). Walaupun diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa bagi sesetengah golongan seperti mereka yang bekerja berat, ada yang memilih untuk kekal berpuasa kerana yakin mampu meneruskan ibadat berkenaan.

Itulah yang berlaku kepada atlet-atlet negara kita apabila mereka masih terus berpuasa walaupun terpaksa menjalani latihan ataupun kejohanan ketika bulan Ramadan.

Bagi rakan atlet yang bukan beragama Islam, mereka sentiasa menghormati rakan seperjuangan yang sedang berpuasa dengan tidak makan atau minum di hadapan mereka.

Begitulah situasi yang berlaku jika menurut apa yang dikirimkan oleh jaguh badminton negara, Dato’ Lee Chong Wei dalam kiriman terbaru di laman Facebook-nya sebentar tadi.

Sejak mula berjinak-jinak dalam dunia sukan, beliau seringkali bertanding ke luar negeri bersama rakan sepasukan yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India.

Apa yang menyeronokkan, mereka semua turut bersahur bersama rakan-rakan Muslim. Semasa latihan pula, mereka yang tidak berpuasa akan menghormati pemain yang berpuasa. Mereka hanya akan minum jauh daripada yang berpuasa.

Menurut Dato’ Lee lagi, banyak juga gurau senda sesama mereka seperti ada yang menyuruhnya jadi tukang tapao(membungkuskan makanan). Perkara-perkara inilah yang menjadikan rakyat Malaysia lebih bersatu erat.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk meminta maaf atas kesalahannya dan mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan beragama Islam. Berikut adalah kiriman yang telah dikirimkan di laman Facebooknya:

Terima kasih, Dato’ Lee Chong Wei!

Sumber: FB Lee Chong Wei 李宗伟