Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan hari ini Malaysia di ambang kejayaan tangani Covid-19 walaupun belum diisytihar menang. Malaysia telah berjaya mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa pada awal bulan Oktober dan sekatan rentas negeri ditamatkan.
Sehingga setakat 4 November 2021, Malaysia telah mencapai 75.4 peratus populasi negara lengkap divaksinasi dan hanya tinggal 4.6 peratus sahaja untuk mencapai imuniti kelompok untuk seluruh populasi.
Selain itu, 78.1 peratus dari keseluruhan populasi di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 sehingga 4 November 2021. Jumlah sebenarnya adalah 891,018.
Kes harian dan kes kematian juga telah menunjukkan trend penurunan walaupun sekatan rentas negeri telah ditamatkan.

Sumber: Covidnow, Bernama