Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi kebenaran rentas negeri berkuatkuasa pada 11 oktober yang lalu. Pengumuman yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membawa berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudah lama berhasrat pulang ke kampung halaman. Namun, kebenaran hanya diberikan kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin sahaja.
Khairy Jamaluddin sebentar tadi menerusi laman Twitter menjelaskan secara keseluruhan perjalanan antara negeri menunjukkan peningkatan sebanyak 14%.
Beliau turut memaparkan peningkatan peratusan perjalanan antara negeri dari tiga hala, iaitu sempadan Utara sebanyak 20.5%, sempadan Selatan sebanyak 15.4% dan Lembah Klang meningkat kepada 9.7%.
Beliau juga berkata corak penyakit dan mobiliti akan dipantau secara berterusan bagi meramalkan kemungkinan wabak.
Sumber : Twitter Khairy Jamaluddin