Sebuah kisah yang tular di media sosial ini mungkin boleh menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa bersyukur dengan hidup walau sesusah mana sekalipun. Jika kita merasa susah, sebenarnya lebih ramai lagi insan yang lebih susah hidupnya daripada kita.
Kisah ini dikongsikan menerusi Facebook oleh pengasas amal team, Mohd Zulhairi Zainol atau dikenali sebagai Hery ketika menguruskan jenazah seorang mangsa kemalangan, semalam.
Ketika menguruskan pakaian yang dipakai oleh arwah, sangat menyentuh hati apabila dia melihat arwah hanya menggunakan tali sebagai pengganti tali pinggang kerana keadaan hidupnya yang susah.
Selesai Hery uruskan satu jenazah, arwah nie kemalangan semalam.
Hery asingkan baju arwah untuk diberikan semula pada waris, lihat lah sendiri hanya tali sebagai penganti tali pinggangnya dari sini kita dapat gambarkan betapa susahnya arwah.

Rakan-rakan dia tanya pada Hery berapa nak bayar kos mandi dan kafan.
Seperti biasa kami buat percuma kalau ada pon gunakan lah untuk bayar kos kubur arwah nie untuk kami doakan mak ayah kami dan penyumbang-penyumbang kami sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Serius terkedu Hery melihat tali pinggangnya… kita susah ada orang lain yang lebih susah dari kita. Bersyukur lah selalu.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Moga Allah mengampuni dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Bacalah doa yang diajarkan oleh Nabi sallallah alaih wasallam ketika ditimpa musibah:
إنَّا لِلَّهِ وإنَّا إلَيْهِ راجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي في مُصِيبَتِي، وأَخْلِفْ لي خَيْرًا مِنْها
Maksudnya: Kita dari Allah dan kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berikanku pahala dalam musibahku dan gantikan untukku dengan yang lebih baik. (HR Muslim).
Perkongsian tersebut mendapat 2.1 ribu tanda suka dan dibanjiri ratusan komen oleh warganet dengan rata-ratanya tersentuh akan keadaan arwah. Moga arwah ditepatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.
Sangat menyentuh hati, semoga Allah kurniakan dia syurga tanpa hisab

Sedihnya, semoga Allah merahmati arwah

Semoga kita boleh gunakan ‘tali pinggang’ arwah sebagai pengukur hidup masing-masing

Sumber: