Siapa yang suka pergi melancong? Mesti ramai kan? Lebih-lebih lagi kalau dapat melancong ke luar negara. Memang menjadi idaman ramai.
Lain orang lain cara, ada yang suka travel dengan kawan-kawan dan keluarga, ada yang suka gerak solo, ala-ala backpakers. Tiada halangan untuk korang cuba pengalaman baru untuk backpacking. Hanya membawa beg galas dan kemudahan yang banyak didapati hari ini, membuatkan ramai ‘kaki jalan’ berani untuk melancong secara backpacking.
Seperti perkongsian daripada saudara Aminfadhli Abd Rami menerusi laman Facebooknya tentang perjalanannya dari Ipoh, Malaysia ke Amsterdam dengan menggunakan keretaapi dan kemudahan awam di seluruh dunia.
Katanya, sepanjang 45 hari perjalanan ke Amsterdam, dia telah singgah di 12 negara. Jumlah kos perjalanannya mencecah RM 12,000. Jadi, kalau korang ada hasrat nak melancong dengan cara ini boleh ikut jadual perjalanan di bawah.
IPOH TO AMSTERDAM BY LAND
via Trans-Siberian Railway
12 countries
16000 kilometres
45 days
Total damage = RM12000



Naik tuktuk ke Vientiane, Laos
Vientiane to Vinh, Vietnam – sleeper bus 19 jam
Vinh to Hanoi – train 6 jam
Hanoi to Beijing – train 36 jam


Beijing to Jiningnan – train 9jam
Jiningnan to Erlian(China border)- train 6jam
Naik teksi cross border ke Zamyn Uud,Mongolia
Zamyn Uud to Ulaan Baatar (Trans-Mongolian Railway) 16jam
Semasa pergi ke MogoliaUlaan Baatar to Irkutsk(Russia) – train 24 jam
Irkutsk to Kazan (Trans-Siberian Railway) – 69 jam
Kazan to Moscow (Trans-Siberian Railway) – 16 jam
Kremlin, Moscow
Moscow to Riga(Latjiva express) – 16 jam
Riga to Warsaw – (Ecoline bus) 12 jam
Warsaw to Berlin – (Flixbus) 8 jam
Check Point Charlie, Berlin
AmsterdamSumber: Aminfadhli Abd Rami