Penderaan dan keganansan rumah tangga bukan satu isu yang remeh malah pelbagai cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di Malaysia mahupun di peringkat global.
Tidak dapat bayangkan nasib seorang wanita yang bergelar isteri mengalami tekanan mental, fizikal dan seksual selama lapan tahun atas perbuatan suaminya. Kini, wanita ini ‘bangkit’ untuk menolong wanita lain senasib dengannya yang terperangkap dalam penderaan rumah tangga.
Selama lapan tahun sejak berumur 17 tahun, wanita ini dikatakan hidup dalam penuh ketakutan selepas didera dan dirogol selepas beberapa jam melahirkan anak kedua mereka.
Memetik daripada Mirror UK, wanita malang ini tidak dibenarkan untuk bekerja oleh suaminya. Atas alasan dia sangat menyayangi isterinya dan tidak perlu habiskan masa dengan orang lain.
“Dia akan merogol saya dan menganggap itu adalah perkara biasa. Dia pernah merogol saya selepas beberapa jam melahirkan anak, dia rosakkan saya setiap hari. Suami saya pernah ugut untuk membunuh anak-anak jika saya menolak permintaannya.”
Selepas lapan tahun menderita, wanita ini gagahkan diri untuk membuat laporan pihak berkuasa atas apa yang telah suaminya lakukan itu. Selepas itu, bekas suaminya telah ditahan dan menerima hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya.
Kini, wanita ini boleh menarik nafas lega dengan pengalaman yang gembira apabila bertemu dengan suami yang sangat penyayang dan prihatin dengannya. Wanita ini dapa mengukir senyuman bersama suami barunya.
Sumber: Mirror.UK