Setiap pasangan bercinta pasti mengimpikan ikatan kasih mereka disimpulkan dengan perkahwinan. Umpama pasang surut air di laut, begitu juga alam berumahtangga. Ada liku-liku ada onak duri yang perlu ditempuh, nakhoda dan kelasi harus bekerjasama untuk memastikan kapal tidak tenggelam.
Namun jika sudah tertulis, tak semua bahtera mampu bertahan dan sampai ke perlabuhan. Ada yang kecundang di pertengahan jalan. Begitulah kehidupan, kita sebagai manusia perlu terima segala ketentuan, berharap akan ada kebahagiaan di sebalik ujian.
Rahman, telah memuatnaik ciapan di laman twitter berkongsi kisah mengenai keluarganya. Ibunya yang sudah 10 tahun bersendirian telah mengambil keputusan untuk berkahwin lagi.
Gambar: AmanIbunya telah dilamar oleh seorang lelaki namun sebelum bersetuju untuk menerima lamaran tersebut, si ibu telah menghubungi ayah (bekas suaminya). Ibunya bertanya kepada ayah:
Gambar: AmanAyahnya yang mendengar soalan itu terpana seketika dan kemudian berkata:
Gambar: AmanDiakhir ciapan tersebut, Rahman menasihati supaya jangan membiarkan orang luar masuk campur urusan rumahtangga. Jika ada masalah, berbincanglah dan berkomunikasi. Sebenarnya setiap masalah itu akan lebih mendekatkan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Ibu Rahman turut berpesan kepadanya,
Ciapan berkenaan ternyata mendapat banyak respon dari netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan dari Rahman. Perkahwinan ibarat perjudian, apabila berumahtangga, ia hanyalah permulaan kehidupan bukannya ‘kontrak abadi’ ke arah kebahagiaan.
Manusia kadang-kadang diduga, teruslah bersabar dan berdoa. Semoga Allah pimpin tangan kita dalam membuat keputusan yang terbaik.
Gambar: twitterSumber: Ibadur Rahman