Kisahi seorang kanak-kanak yang membeli rod memancing namun membayarnya menggunakan beberapa ekor ikan haruan tular di media sosial dan meraih perhatian ramai warganet.
Menerusi perkongsian oleh Roob Ganesan di laman Twitter, kanak-kanak tersebut telah mengunjungi kedainya untuk membeli rod memancing baharu kerana rod memancing kepunyaannya telah patah.
Boss, ada budak ni cari boss!
Namun, kanak-kanak tersebut tidak mempunyai wang untuk membayar sebaliknya hanya membawa empat ekor ikan haruan yang diletakkan di dalam sebuah tong.
Duit tak ada, ikan haruan ada la..

Dia yang merasa terharu dengan kegigihan kanak-kanak berkenaan kerana tidak meminta atau mencuri tetapi berusaha membayarnya walau dengan cara lain telah memberikan rod tersebut secara percuma.
Pasal dia tak mencuri, aku bagi je la..


Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen mengucapakn terima kasih di atas kemurahan hati Roob Ganesan dan memuji sikap dan perilaku kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak tersebut disifatkan mempunyai adab yang baik dan kisah ini mungkin menjadi stau pengalaman akan dikenang olehnya apabila dewasa kelak.
Thank you bro tolong budak tu

Kalau budak ni berjaya mesti dia ingat kisah ni

Budak-budak ‘well mannered’ sekarang sangat rare

Semoga dimurahkan rezeki bro

Sumber: Twitter @RoobGanesan