Peminat pelakon kacak kelahiran Korea Selatan ini pasti sudah maklum bahawa bahawa Kim Woo Bin sudah menyepi dari dunia hiburan selama 2 tahun lebih.
Pelakon ini terkenal dalam drama ‘The Heirs’ ini terpaksa melepaskan banyak peluang dan tawaran berlakon kerana ingin menjalani rawatan kanser.
Aktor ini telah didianogsis dengan kanser nasofaring pada tahun 2017 selepas drama ‘Uncontrollaby Fond’. Kanser ini adalah sejenis kanser yang tumbuh di rongga belakang hidung dan lelangit.
Namun, beliau telah mengejutkan para peminatnya dengan muncul di majlis Anugerah Filem Blue Dragon yang ke-40. Majlis tersebut bertempat di Paradise City Hotel and Resort.
Ini merupakan kemunculan pertamanya di khalauyak selepas dia menghentikan semua promosi kerana dianogsis kansernya itu.
Kim Woo Bin turut dikhabarkan bakal muncul dalam filem terbarunya bersama pelakon Ryu Jun Yeol dan Kim Tae Ri.
Sumber : Koreaboo