Menurut portal MyHealth, anemia adalah kekurangan sel darah merah yang matang atau hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Paras hemoglobin yang normal adalah di antara 13.8 hingga 18.0 grams per deciliter untuk lelaki dan 12.1 hingga 15.1 grams per deciliter untuk perempuan.
Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.
Perkongsian daripada Shahrizal Denci, seorang peminat agrikultur, memberitahu bahawa pengambilan bayam merah bagus buat pesakit anemia dan ibu mengandung.
Sumber: Shahrizal Denci