Kredit: TikTok Shopee My

Khas Untuk ‘Student’, Abang Ni Ajar Cara Mohon ‘Internship’ di Shopee

Eyla Azri

Mesti ramai yang dah kenal Shopee kan? Ya, aplikasi warna oren yang korang suka sangat ‘singgah’ tu.

Shopee merupakan platform membeli-belah secara atas talian atau e-commerce yang menerajui pasaran Asia Tenggara dan Taiwan.

Platform yang dilancarkan pada tahun 2015 ini memudahkan pelanggan untuk membeli-belah secara atas talian dengan cepat dan selamat tanpa perlu ragu-ragu akan ketelusan transaksi yang dibuat.

Selain untuk membeli-belah, Shopee juga menyediakan peluang kerjaya bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada tulang belakang platform e-commerce nombor satu Malaysia ini.

Berita baik untuk para pelajar di luar sana yang bakal menjalani latihan industri atau internship, Shopee juga membuka peluang untuk program latihan industri tau.

Video yang diunggah melalui akaun TikTok rasmi @shopeemy ini menunjukkan cara-cara untuk membuat permohonan latihan industri di Shopee melalui laman web rasmi mereka.

Video ini mendapat 391.3 ribu tontonan dan 37.9 ribu sukaan setakat ini.

Nak tahu macam mana nak mohon internship di Shopee? Jom tengok video di bawah ni.

Mudah je kan. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok Shopee My