Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun Tiktok miliknya sebentar tadi memaklumkan bakal mengumumkan ‘sesuatu’ sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.
Selain itu, beliau juga mengatakan akan memaklumkan beberapa lagi perkara penting pada minggu hadapan.
“Minggu depan saya akan umumkan ‘update’ berkenaan dengan sambutan hari raya. Jeng…jeng…jeng…,” katanya pada bahagian akhir video tersebut.
Di awal video tersebut, beliau berpesan kepada mereka yang masih belum mengambil dos penggalak untuk segera dapatkan suntikan tersebut terutama sekali warga emas.
“Warga emas yang berisiko tinggi juga layak untuk dapatkan suntikan dos penggalak kedua untuk tingkatkan lagi tahap imuniti mereka.
“Ini adalah pilihan, KKM hanya menyarankan sahaja jangan cakap saya paksa pula.
“Saya hanya ingin golongon warga emas dapatkan perlindungan terbaik lebih-lebih lagi sebelum anda semua pulang ke kampung ramai-ramai nanti,” jelasnya.
Ikuti video yang telah kami kongsikan di bawah.
Sumber: Tiktok KJ