
Khairat Kematian STR 2026: Ini Syarat & Panduan Lengkap Untuk Mohon
Kehilangan seseorang yang tersayang adalah pengalaman yang amat menyedihkan bagi setiap individu.
Dalam menghadapi situasi sebegini, pelbagai bentuk sokongan, baik dari segi emosi mahupun kewangan, amat diperlukan untuk meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.
Salah satu bentuk sokongan yang disediakan oleh kerajaan ialah bantuan Khairat Kematian.
Bantuan Khairat Kematian merupakan bentuk sumbangan kewangan yang diberikan kepada waris bagi membantu menampung kos pengebumian dan keperluan lain yang berkaitan.
Skim ini bertujuan untuk meringankan tekanan kewangan keluarga pada masa yang sukar, sekaligus menunjukkan keprihatinan masyarakat dan pihak berkuasa terhadap kesejahteraan keluarga yang ditinggalkan.
Skim Khairat Kematian 2026 (SKK) merupakan inisiatif bantuan kewangan daripada Kerajaan Malaysia yang diberikan kepada waris penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang telah meninggal dunia.
Skim ini bertujuan mengurangkan beban kos pengurusan jenazah serta menyediakan sokongan kewangan segera kepada keluarga yang kehilangan ahli tersayang.
SKK boleh dituntut oleh pemohon, pasangan, atau waris, sekiranya permohonan STR 2026 mempunyai status Lulus dalam kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan.
Ia terhad kepada pemohon atau pasangan warganegara yang meninggal dunia antara 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.
Pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
Status Permohonan STR 2026 Lulus bagi kategori:
Kahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal, Balu, Janda, Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
Warga emas tiada pasangan.
Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.
Individu yang meninggal dunia layak untuk SKK:
Pemohon atau pasangan yang wujud pada borang permohonan STR 2026 dan berstatus Warganegara.

Kategori Kahwin:
Pasangan (wujud pada permohonan STR 2026) atau pemohon diberi keutamaan untuk tuntutan SKK sekiranya pasangan (wujud pada permohonan STR 2026) meninggal dunia.
Waris berdaftar pada permohonan STR 2026 jika pemohon/pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN, bersama dokumen sokongan tambahan.
Kategori Ibu atau Bapa Tunggal, Balu, Janda atau Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat atau warga emas tiada pasangan:
Waris berdaftar pada permohonan STR 2026 boleh membuat tuntutan.
Hubungan Waris yang layak adalah:
Pasangan
Ibu
Bapa
Anak (anak kandung, anak tiri dan anak angkat)
Adik-Beradik
Sijil Kematian
Asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Dokumen Pengenalan Diri Waris
Asal kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang sah
Dokumen Sokongan Tambahan (jika perlu)
Dokumen sokongan tambahan (sekiranya perlu)
Tuntutan tunai sebanyak RM1,000 boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.
Selain itu, anda boleh hadir ke kaunter dan maklumkan anda ingin membuat Tuntutan SKK STR 2026.
Bagaimanapun, tarikh tuntutan SKK akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sumber: LHDN