Kredit: SCMP/Google

Khabar Angin PM Perlu Jalani Rawatan Kanser Adalah Tidak Benar & Berniat Jahat – PMO

Nur Adnin

Khabar angin yang mengatakan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan kanser adalah tidak benar dan berniat jahat.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan sebaliknya memaklumkan, Muhyiddin telah pun disahkan bebas daripada kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawatnya.

Dalam masa sama, khabar angin yang turut mengatakan bahawa akan ada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini juga tidak benar sama sekali.

Muhyiddin dijangka akan bersiaran secara langsung pada pukul enam petang ini bagi menyampaikan perutusan khas berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Pejabat Perdana Menteri melalui BERNAMA