KFC Malaysia memperkenalkan Bucket Berbaloi, satu hidangan nilai hebat yang ditawarkan untuk masa terhad, berserta peluang eksklusif untuk memiliki koleksi plushie Kepcibara yang comel dan unik. Dilancarkan secara rasmi di Semenanjung Malaysia bermula hari ini dan bakal menyusul di Malaysia Timur pada 15 Ogos 2025, Bucket Berbaloi bukan sekadar set makanan, malah disertakan dengan akses kepada Kepcibara Blind Box, satu koleksi terhad plushie bertemakan capybara yang direka khas untuk peminat setia KFC.
Menariknya, Kepcibara merupakan versi istimewa yang diinspirasikan daripada capybara, haiwan yang sinonim dengan sifat tenang dan santai. Tiga karakter utama diperkenalkan iaitu Chiket, Buck Buck, dan Zingi, masing-masing mempunyai keunikan tersendiri:
Chiket, si ceria dan ketua kumpulan, digelar Crunch Protector kerana obsesinya terhadap ayam goreng KFC yang sentiasa dibawanya ke mana sahaja.
Buck Buck, watak yang santai dan suka tidur di dalam baldi ayam, mewakili sisi tenang dan bahagia dikenali sebagai Lowkey Chillaxed.
Zingi, si berani dan penuh semangat, membawa beg Zinger Burger dan dikenali sebagai The Rare One kerana cintanya terhadap rasa pedas dan gaya yang tersendiri.
Pelanggan boleh mendapatkan satu Kepcibara Blind Box pada harga RM15.99 sahaja dengan setiap pembelian Bucket Berbaloi. Setiap kotak mengandungi satu daripada tiga plushie eksklusif secara rawak, menjadikan koleksi ini satu tarikan utama untuk penggemar barangan edisi khas.
Set Bucket Berbaloi ditawarkan dalam dua pilihan hidangan berkongsi:
6-Ketul Combo (dari RM41.99): 6 ketul ayam Original Recipe atau Hot & Spicy, 1 Cheezy Wedges besar, 1 Whipped Potato (14oz), dan 2 minuman ringan bersaiz sederhana.
10-Ketul Combo (dari RM67.99): 10 ketul ayam, 1 Cheezy Wedges besar, 1 Whipped Potato (14oz), dan 1 botol minuman ringan 1.5L.
Bucket Berbaloi boleh didapati di semua cawangan KFC dan melalui rakan penghantaran yang terpilih. Manakala Kepcibara Blind Box hanya boleh dibeli di restoran KFC, menerusi aplikasi KFC dan laman web rasmi KFC.com.my bermula 25 Julai 2025, selagi stok masih ada.