Kredit BERNAMA

Ketepikan Perbezaan Politik Dan Harus ‘Buta Warna’ Dalam Menangani Banjir – Ahmad Zahid

Syed Faisal Sayed Muhammad

Ketepikan perbezaan politik dan harus ‘buta warna’ dalam soal menangani banjir – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada hari ini bahawa pemimpin harus ketepikan perbezaan politik dan harus ‘buta warna’ dalam soal menangani banjir di setiap negeri.

Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah, pemimpin dari mana-mana komponen politik sekali pun haruslah ketepikan perbezaan politik masing-masing dan fokuskan kepada memberi bantuan kepada rakyat yang terkesan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat (JPBP) berkata sedemikian sewaktu sidang media selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh, Rantau Panjang.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Turut ada sewaktu sidang media itu adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Menurut Ahmad Zahid lagi, kerajaan akan terus melaksanakan projek tebatan banjir bagi menangani masalah bah di negara ini dalam tempoh jangka panjang sehingga tahun 2100.

Projek itu dikatakan akan dilakukan secara berfasa selama 78 tahun sebelum menjelang 2100 nanti.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata antara pelan yang akan dilaksanakan termasuklah menggali kuala atau muara sungai bagi mendalamkan kawasan sungai untuk memudahkan aliran air bergerak ke laut.

“Terdapat juga longgokan pasir di muara sungai yang menyebabkan aliran air tersekat sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

“Oleh itu, apabila kita melakukan proses menggali pasir ini, ia boleh melebarkan sungai sekali gus dapat menyelesaikan masalah aliran air di kawasan yang terjejas banjir kerana keutamaan akan dilakukan di kawasan berlaku limpahan air atau banjir,” katanya.

Sumber: BERNAMA