Jasa ibu bapa terhadap anak-anak tak mampu dibalas hingga ke akhir hayat. Apa sahaja sanggup dilakukan mereka agar anak-anak dapat membesar sebaiknya walau terpaksa berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang.
Walau tidak mengharapkan sebarang balasan, sebagai anak berbaktilah sebaik mungkin terutama apabila mereka sudah berada di usia senja.
Seperti perkongsian oleh Mohd Asri yang tular di Twitter dan mendapat perhatian ramai warganet kerana memberikan inspirasi kepada orang lain untuk membahagiakan ibu bapa mereka.
Pemuda dari Dungun ini mengenepikan kehendak diri dan membelanjakan wang simpanan sebanyak RM25 ribu ringgit untuk mengubahsuai kediaman ibunya.
Asri ketika dihubungi Siakap Keli berkata, wang tersebut sepatutnya dikumpul untuk urusan lain tetapi tidak kesampaian.
Dia kemudiannya mengambil keputusan menyerahkan semua wang mengubah suai ruang tamu dan bilik tidur di kediaman ibunya di kampung. Malah, hasratnya untuk membeli sebuah kereta juga ditangguhkan demi membahagiakan ibu yang tersayang.

”Raya korban haritu mak saya pengsan sebab darah tinggi. Saya tanya dia apa yang dia nak, dia kata dia penat turun tangga pergi tandas setiap kali nak ambil wudhu.
”Dia terpaksa merangkak kalau nak naik tangga sebab dia sakit lutut.
”Jadi saya renovate bilik ibu, besarkan sikit, letak tandas dan renovate satu lagi ruang tamu, dalam sebulan siap, alhamdulillah,”
katanya.
Perkongsian tersebut disambut dengan komen netizen yang memuji usaha pemuda berkenaan. Semoga Allah memurahkan rezeki dan merahmati usahanya dan sesiapa sahaja yang berbakti kepada ibu bapa. Amin!
Makin bertambah rezeki lepas ni

Sejuk perut mak mengandung

Berbakti pada ibu bapa ganjaran berlipat kali ganda

Idola dan inspirasi ramai

Sumber: Twitter @MohdAsriDungun