Ketahui Tentang Bird Strike, Salah Satu Punca Pesawat Terhempas
Sejak kebelakangan ini, dunia dikejutkan dengan beberapa episod kemalangan udara, hingga meragut lebih ratusan nyawa.
Susulan itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai punca nahas tersebut. Salah satunya adalah Bird Strike.
Bercakap mengenainya, tentu ramai yang tertanya-tanya apa itu bird strike bukan?
Bersama SK hari ini kita akan mendalami tentang bird strike di ruangan bawah.
Apa itu Bird Strike?
Gambar: AIMenurut International Civil Aviation Organization (ICAO), bird strike adalah perlanggaran burung yang berada dalam laluan sebuah pesawat di udara.
Insiden ini boleh berlaku pada bila-bila masa ketika pesawat sedang terbang di udara.
Walaupun kelihatan biasa, namun saiz burung, kelajuan pesawat boleh menghasilkan impak yang kuat. Impak pertembungan ini boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian enjin pesawat di samping beberapa masalah lain.
Berikut beberapa faktor dan kesan bird strike;
Gambar: AIKelajuan & Kekuatan Perlanggaran
Ketika pesawat terbang di ruang udara atau sedang mendarat, ia berada dalam kelajuan tinggi, manakala burung juga mempunyai kelajuan mereka yang tersendiri.
Apabila dua objek ini bergerak pada kelajuan tinggi bertembung, terhasil satu tenaga kinetik yang menyebabkan impak besar.
Sebagai contoh, seekor burung seberat 2kg berlanggar dengan sebuah pesawat yang sedang bergerak pada kelajuan 800km/j, mampu merosakkan bahagian utama pesawat.
Kerosakan Enjin
Seperti yang kita tahu, antara bahagian utama enjin yang terdedah adalah enjin yang terletak pada kedua-dua bahagian sayap kapal terbang.
Enjin kapal berfungsi menyedut udara dalam jumlah yang banyak, dan jika seekor burung disedut ke dalam enjin boleh memusnahkan kipas atau menyebabkan kerosakan besar pada sistem pembakaran.
Dalam beberapa kes, perlanggaran burung boleh menyebabkan kegagalan enjin sepenuhnya, seperti yang berlaku dalam insiden “Pendaratan Sungai Hudson” atau Hudson River Landing pada tahun 2009.
Dalam insiden itu, pesawat kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin selepas melanggar sekumpulan burung, memaksa juruterbang untuk membuat. pendaratan kecemasan di sungai.
Kerosakan Fizikal Pesawat
Gambar: AISelain enjin, bahagian lain pesawat juga terdedah kepada serangan burung. Sebagai contoh, kokpit (ruang juruterbang), dilindungi oleh kaca tebal yang direka untuk menahan tekanan tinggi.
Walau bagaimanapun, jika kawanan burung yang melanggar, kaca kokpit boleh retak atau pecah, yang boleh membahayakan juruterbang.
Selain itu, sayap, hidung pesawat dan penstabil ekor juga boleh mengalami kerosakan serius akibat perlanggaran ini.
Faktor Persekitaran
Perlanggaran burung juga berlaku lebih kerap berhampiran lapangan terbang, terutamanya apabila pesawat berlepas atau mendarat, kerana ketinggian terbang burung biasanya dalam julat itu.
Lebih-lebih lagi kawanan burung burung meningkatkan risiko perlangggaran burung.
Oleh sebab itu, banyak lapangan terbang menggunakan pelbagai kaedah untuk menjauhi burung, seperti bunyi ultrasonik, laser atau anjing pengawal.
Disebabkan itu, industri penerbangan terus membangunkan teknologi dan strategi untuk meminimumkan risiko perlanggaran burung.
Daripada reka bentuk pesawat yang lebih kukuh kepada pengurusan alam sekitar di sekitar lapangan terbang termasuk langkah untuk memastikan keselamatan penerbangan.
Oleh itu, anda dapat belajar bahawa bird strike boleh memberi kesan terhadap pesawat dan tidak boleh dipandang remeh walaupun burung kelihatan kecil berbanding sebuah kapal terbang.
Sumber: Antara News