kesuma peruntuk
Tiada Kategori

KESUMA Peruntuk RM30,000 Kepada Persatuan Penganut Sri Gengai Amman

Nurul Naqiyah

KESUMA Peruntuk RM30,000 Kepada Persatuan Penganut Sri Gengai Amman

Selangor, 15 Mei 2024 – Menteri Sumber Manusia YB Steven Sim Chee Keong telah melawat Kuil Sri Maha Utthira Kaaliamman, Petaling Jaya dan memberi peruntukan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Penganut Sri Gengai Amman.

“Saya bangga peruntukan ini digunakan untuk menyempurnakan upacara hari besar tahunan Persatuan Penganut Sri Gengai Amman & Kuil Sri Maha Utthira Kaaliamman yang juga digunakan untuk membeli bakul makanan untuk golongan B40 di Taman Medan dan Desaria, serta membaik pulih jalan dan longkang sekitar kuil.”

YB Steven Sim berpendapat pemuda dan pemudi adalah aset penting kepada masyarakat dan perlu diberi lebih banyak peluang unutk terlibat dalam aktiviti komuniti untuk mempelajari kemahiran insani (soft skills) dan memupuk minat mereka.

“Selaras dengan aspirasi 3K KESUMA yang bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran, Keberhasilan dan Kebajikan pekerja, dana latihan berjumlah RM30 juta telah diumumkan untuk pelaksanaan Kemahiran India Malaysia (MISI) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)-Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA). Dana ini akan digunakan untuk menyediakan program peningkatan kemahiran belia komuniti India di negara ini.”

Pengerusi Persatuan Penganut Sri Gengai Amman Encik Ramu Etuman berkata, komiti persatuan berterima kasih kepada YB Steven Sim yang telah memberi peruntukan untuk memastikan program hari besar tahunan Persatuan Penganut Sri Gengai Amman & Kuil Sri Maha Utthira Kaaliamman dapat dijalankan dengan lancar dan bermakna sekali.