Kesilapan VAR, Klopp Gesa Perlawanan Antara Liverpool & Spurs Diadakan Semula
Jurgen Klopp menggesa agar perlawanan antara Liverpool menentang Tottenham Hotspur diadakan semula selepas kesilapan VAR telah menyebabkan pasukannya kalah 2-1 pada Ahad lalu, lapor The Guardian.
Jaringan Liverpool dikatakan telah diketepikan kerana didakwa ofsaid oleh VAR dalam perlawanan itu.
Justeru, Klopp menggesa agar perlawanan antara dua pasukan tersebut harus diadakan semula.
“Saya fikir perlawanan antara Tottenham dan Liverpool harus diadakan semula,” kata Klopp.
Bagaimanapun, dia turut mengakui bahawa keputusan untuk perlawanan semula itu adalah tidak mungkin berlaku.
“Ia mungkin tidak akan berlaku. Saya fikir ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya lagi.
Semalam, Professional Game Match Officials Ltd (PGMOL) telah mengeluarkan audio insiden itu.
Menurut Klopp, pendedahan rakaman audio itu tidak mengubah apa-apa keputusan pada perlawanan tersebut.
“Audio itu tidak mengubahnya sama sekali. Ia adalah kesilapan yang jelas. Saya fikir perlu ada penyelesaian untuk itu. Saya fikir perlawanan semula adalah keputusan yang terbaik.
“Saya sudah biasa dengan keputusan yang sukar tetapi perkara seperti ini tidak pernah berlaku dan itulah sebabnya saya fikir perlawanan semula adalah keputusan terbaik,” tambah Klopp lagi.
Apabila disoal berkenaan sama ada Liverpool telah meminta secara rasmi kepada Liga Perdana untuk perlawanan semula, Klopp berkata: “Pada peringkat ini kami masih meneliti maklumat yang ada.”
Dalam pada itu, audio itu mendedahkan bahawa pengendali ulang tayang adalah orang pertama yang melihat kesilapan yang memalukan itu.
Pengendali itu kemudiannya meminta untuk menghentikan permainan tersebut.
VAR dan pembantu VAR berulang kali berkata bahawa mereka tidak boleh campur tangan kerana permainan telah dimulakan semula.
Audio Perbualan Pengadil & VAR Ketika Gol “Offside” Liverpool vs Spurs Didedahkan
Terdahulu, peminat bola sepak khususnya Liga Perdana Inggeris (EPL) disajikan dengan kontroversi gol pendahuluan Liverpool menentang Tottenham Spurs dibatalkan kerana ofsaid.
Gol cantik jaringan Luis Diaz yang menerima lorongan daripada Mohamed Salah itu dinafikan selepas disemak menerusi Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Bagaimanapun, ia menjadi pertikaian kerana semakan yang dibuat terlalu pantas. Manakala rakaman yang ditunjukkan pula jelas menunjukkan Luis Diaz dalam kedudukan onside ketika menerima bola daripada Salah.
Insiden berkenaan seterusnya menjadi perdebatan awam, lagi-lagi dalam kalangan pundit di stesen penyiaran antarabangsa. Ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut dan menganggap pengadil membuat keputusan yang salah.
Sumber: The Guardian