
ROME- Ketika budak lelaki berusia 10 tahun menjalani pembedahan membuang tumor pada saraf tunjang, perubahan aktiviti otak pesakit berubah dikala piano dimainkan disebabkan terganggu.
Ahli biologi molekul dan pemuzik, Emiliano Toso terlibat sama dengan pasukan Doktor Roberto Trignani dalam pembedahan yang berlangsung selama 4 jam. Pembedahan tersebut menunjukkan frekuensi yang diakui mempunyai kesan terapeutik pada tubuh pesakit.

“Kami berusaha untuk menghentikan dan menghidupkan semula muzik serta memperhatikan tindak balas pesakit. Walau begitu, pesakit masih berada dalam keadaan sepenuhnya ubat bius tatkala otak merasakan muzik yang dimainkan. Ini sangat menggembirakan,” kata Toso.
Walaupun pembedahan berjalan lancar, pemerhatian secara lanjut perlu dilakukan untuk melihat sama ada pembedahan lain diperlukan atau tidak.
Trignani yang memimpin unit pembedahan saraf mengatakan ianya berjalan lancar dan tiada sebarang komplikasi yang berlaku sepanjang pembedahan.
Sumber: Reuters