
Kesan Sekatan Ke Atas Rusia, Ekonomi Eropah Didakwa Kini Macam Ekonomi ‘Dunia Ketiga’
Kesan daripada sekatan yang dikenakan ke atas Rusia berhubung konflik di Ukraine kini telah menjadikan Eropah sebagai ‘ekonomi dunia ketiga bagi negara-negara Barat’, dakwa salah seorang penulis kanan di Majalah Forbes, Kenneth Rpoza dalam artikel terbaharunya.
“Sekarang ini, pasaran saham Eropah adalah yang paling teruk dalam dunia Barat dan berada 10 mata asas di bawah pasaran Amerika Syarikat.
“Punca utama situasi tersebut adalah sekatan tenaga terhadap Rusia sebagai hukuman ke atas perang yang dilancarkan Moscow terhadap Ukraine. Sekatan itu menyebabkan lonjakan harga komoditi besar-besaran yang sangat ‘menyakitkan’ ekonomi di Eropah,” kata Rapoza seperti dilaporkan oleh RT.
Rapoza seterusnya juga menasihatkan supaya orang ramai tidak melaburkan wang mereka ke dalam pasaran Eropah, sekurang-kurangnya sehingga Kesatuan Eropah memikirkan cara bagaimanana mahu mengurangkan kesan bekalan tenaga dari Rusia yang turun mendadak dan sekatan yang dikenakan ke atas negara itu.
Sekiranya gencatan senjata tidak berlaku dengan segera di Ukraine, Eropah mungkin akan menjadi sangat terdesak pada musim sejuk ini dengan rantaian bekalan yang sangat terhad.
“Ia tidak akan mempunyai pilihan selain melonggarkan beberapa sekatan atau meyakinkan rakan kongsi bukan EU untuk memindah dan melabel semula komoditi dari Rusia dalam usaha mendapat bekalan dan pada masa sama mematuhi peraturan, yang kelihatannya membinasakan mereka sendiri,” ujarnya.
Jika masih tiada jalan penyelesaian ditemui, Eropah akan kekal sebagai “ekonomi dunia ketiga ekonomi dunia Barat”, tegas Rapoza.
BACA: Percaya “Natural Beauty”, Peserta Ratu Cantik Bertanding Dengan Wajah Tak Bersolek
Sumber: RT