KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera merupakan aplikasi paling penting pada masa kini bagi membantu semua pihak untuk mengesan penularan wabak Covid-19 di kawasan sekitar. Terbaharu, aplikasi MySejahtera ditambah satu lagi ciri tambahan bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menulis dalam akaun Twitter miliknya bahawa ciri terbaharu yang dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace) bolehdikemaskini bermula hari ini.
Dalam catatan terbaharu di akaun Twitter miliknya itu, Khairy menambah bahawa ‘MySJ Trace’ hanya memerlukan pengguna untuk menggunakan teknologi bluetooth sahaja untuk mengesan kontak rapat bagi pengguna lain yang juga mengguna ciri yang sama.
Tambahnya, ciri tersebut telah dihantar serentak ke Google, Apple & Huawei. Bagi pengguna Huawei, ciri ini sudah dikemaskini manakala untuk pengguna Google dan Apple pula, ciri ini masa dalam fasa menunggu untuk dikemaskini.
Selain itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan bersama hari ini turut memmberitahu bahawa fungsi baharu itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate and Support (FTTIS).
Sumber: Astro Awani