Kredit Polis Daerah Petaling Jaya

Kes Kemalangan Maut Digilis Lori Di Subang, Polis Mohon Saksi Kejadian Tampil Bantu Siasatan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Polis mohon bantuan saksi kes kemalangan maut digilis lori tampil kehadapan

Polis minta bantuan orang ramai yang menjadi saksi bagi kes kemalangan maut sebuah motosikal dan lori di Jalan Lapangan Terbang Subang pada 22 Ogos, Isnin lalu.

Perkara berkenaan dimaklumkan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petang Jaya.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa iaitu penunggang motosikal merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia yang berumur 24 tahun.

Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan semasa cuba memotong sebuah lori dan mangsa kemudian terjatuh dan telah digilis oleh tayar belakang lori tersebut. Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis juga meminta bantuan kepada mereka yang melihat kejadian atau berada di tempat kejadian untuk menjadi saksi. Mereka dimohon untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu. Saksi juga boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Hafeez Faesal.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya