Gambar: AFP

Kes Harian Makin Meningkat, Penduduk Beijing Dilapor Perlu Buat Ujian COVID-19 Setiap 24 Jam

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Penduduk Beijing, China diarahkan menjalani ujian COVID-19 setiap 24 jam susulan kes jangkitan harian yang semakin meningkat.

Memetik laporan portal berita australia, ABC Net, rakaman video menunjukkan warga tempatan sedang beratur menunggu giliran untuk menjalani ujian Covid-19 bagi mengetahui sama ada mereka dijangkiti atau bebas daripada wabak tersebut.

Kredit: ABC

Difahamkan, mereka perlua melakukan ujian tersebut setiap hari sehingga ketetapan baharu dikeluarkan oleh kerajaan. Perkara ini disebabkan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di sana.

Menurut laporan DNA India pula, China mencatatkan 8355 kes pada Selasa lepas. Disebabkan itu, ujian COVID-19 yang biasa dijalani oleh warga China setiap 72 jam diubah menjadi lebih kerap, iaitu 24 jam bagi menangani penularan wabak tersebut.

Selain itu, AFP melaporkan bahawa terdapat hampir 60 kes jangkitan baharu ditemui di Beijing pada Isnin, yang menyebabkan penutupan sekolah di daerah yang memiliki populasi tinggi iaitu Chaoyang.

Kredit: ABC

Beberapa syarikat juga meminta para pekerja mereka berkerja dari rumah untuk sementara waktu.

Manakala arahan lockdown di kawasan kilang pengeluraran iPhone, Zhengzhou Ahad dilapor bakal memberi kesan sementara terhadap pengeluaran peranti tersebut. Penghantaran pesanan yang dibuat oleh pelanggannya juga mungkin terjejas ekoran penguatkuasaan perintah tersebut.

“Fasiliti kini beroperasi pada kapasiti kurang daripada kebiasaan,” menurut syarikat teknologi asal California tersebut dalam satu kenyataan.

Sumber: ABC, DNA India & AFP