COVID-19: 30,787 kes baharu dicatatkan setakat 10 Mac 2022
Gambar via Bernama

Kes Harian COVID-19 Kekal Melebihi Angka 30 Ribu Dengan 332 Individu Di ICU

Eyla Azri

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi melaporkan, kes harian COVID-19 di Malaysia yang dicatatkan pada 25 Februari 2022 adalah sebanyak 30,644 kes.

Jumlah itu menjadikan angka kes kumulatif kes COVID-19 di Malaysia bertambah kepada 3,367,871 kes.

Bagi perincian kes, 30,488 kes (99.49 peratus) dari jumlah yang direkodkan setakat pagi ini terdiri daripada kategori satu dan dua. Manakala 154 kes (0.51 peratus) dalam kategori tiga, empat dan lima.

Pecahan kes mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Kategori satu – 9,557 kes (31.19 peratus)

  • Kategori dua – 20,931 kes (68.30 peratus)

  • Kategori tiga – 91 kes (0.30 peratus)

  • Kategori empat – 39 kes (0.13 peratus)

  • Kategori lima – 26 kes (0.08 peratus)

Setakat ini, 332 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 114 kes disahkan COVID-19 manakala 188 kes disyaki, berkemungkinan dan masih dalam siasatan.

Sementara itu, 196 daripada kes yang dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan, termasuk 84 kes disahkan COVID-19 manakala 112 kes disyaki, berkemungkinan dan masih dalam siasatan.

Sumber: KKM