Kes COVID-19: Turun Sedikit Berbanding Semalam, Kekal Angka 4K

Nur Adnin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat pertambahan 4,774 kes COVID-19 baharu pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini kian meningkat kepada 2,870,758 kes setakat ini.

Dalam pada itu, jumlah kes baharu hari ini agak menurun berbanding semalam yang mencatatkan angka 4,914 kes.

Jumlah kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan kemudian dalam laporan selanjutnya.

Segala maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW.

Sumber: KKM