Dalam keadaan COVID-19 yang masih belum lagi reda, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dilaporkan telah melantik menteri kesihatan keempatnya sejak pandemik bermula.
Menurut CNN, Presiden Persatuan Kardiologi Brazil, Dr Marcelo Queiroga akan menggantikan Eduardo Pazuello yang telah memegang jawatan selama kurang dari setahun.
“Adalah diputuskan bahawa Marcelo Queiroga akan dilantik petang ini.
“Saya telah mengenalinya selama bertahun-tahun, dia mempunyai segala yang diperlukan untuk melakukan pekerjaan dengan baik,” kata Bolsonaro kepada para penyokong di hadapan istana presiden di Brazil.
Setakat Isnin lalu, sejumlah 279,286 orang dilaporkan telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Selain itu, semua hospital di negara itu juga dibanjiri dengan pesakit.
Bekas Menteri Kesihatan sebelum ini, Pazuello, dikritik kerana negara itu tidak mempunyai vaksin yang cukup dan sedang disiasat kerana masalah kekurangan tabung bekalan oksigen pada awal tahun ini di Manaus.
Sumber: CNN