Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 22,802 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini.
Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 3,019,163 kes.
Kes positif COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah, jumlah kes positif setakat tengah hari 12 Februari 2022 turut meningkat berbanding 20,939 kes semalam.
Menurut Noor Hisham, 99.54 peratus dari jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah dalam kategori satu dan dua, manakala selebihnya dalam kategori tiga, empat dan lima.
“Daripada 22,802 kes harian yang dilaporkan pada 12 Februari 2022, 104 kes (0.46 peratus) kategori tiga, empat dan lima dan 22,698 kes (99.54 peratus) kategori satu dan dua,” jelas beliau.
Memetik hantaran di laman sosial rasmi Noor Hisham, pecahan kes COVID-19 setakat hari ini mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori 1 –5,029 kes (22.05 peratus)
Kategori 2 – 17,669 kes (77.49 peratus)
Kategori 3 – 82 kes (0.36 peratus)
Kategori 4 – 14 kes (0.06 peratus)
Kategori 5 – 8 kes (0.04 peratus)
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.
Sumber: DG Hisham