Gambar hiasan via Dailyscpetic

Kes COVID-19 Meningkat, Beberapa Negara Di Eropah Dilapor Pertimbang Kembali ‘Lockdown’

Nur Adnin

Beberapa negara di Eropah dilapor kembali mempertimbangkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan atau lockdown semula setelah kes COVID-19 di sana kian meningkat akhir-akhir ini.

Merujuk The Washington, dikatakan kes positif COVID-19 kembali melonjak hingga mencecah lebih dua juta kes di sana pada minggu lepas.

Malah menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, kes kematian minggu lepas juga mencatat jumlah tinggi dengan 27,000 kes.

“Sesetengah negara Eropah kini memperkenalkan semula sekatan untuk mengekang penularan dan mengurangkan tekanan daripada sistem kesihatan mereka.

“Tiada negara sepatutnya berada dalam kedudukan ini, hampir dua tahun sudah memasuki pandemik COVID-19,” katanya baru-baru ini.

Di Holland misalnya, restoran, bar dan kedai bukan keperluan perlu ditutup seawal 7 malam, manakala pekerja di beberapa sektor diarah untuk kembali bekerja dari rumah.

Sumber: The Washington / Daily Sceptic