Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 4,083 kes COVID-19 baharu pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini turut meningkat kepada 2,715,847 kes setakat ini.
Difahamkan, jumlah kes baharu hari ini agak menurun berbanding semalam yang mencatatkan 4,362 kes.
Dalam pada itu, jumlah kes sembuh dan kematian terbaharu akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya.
Sumber: KKM