Hari ini menjadi penentu nasib 18 penuntut UPNM akan diketahui hari ini sama ada mereka didapati bersalah atau dibebaskan. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi ini.
Ibu bapa Zulfarhan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mendengar keputusan kes pembunuhan anak mereka pagi ini. Kedua-dua mereka kelihatan tenang.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.
Sumber: Bernama