Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang diputuskan oleh prosiding inkues oleh Mahkamah Koroner sebagai sebagai perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui ternyata mengundang pelbagai reaksi ramai.
Salah seorang yang tampil memberi komen adalah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menerusi Twitter, beliau berkongsikan gambar bersama arwah Adib buat pertama kalinya dengan menyifatkan peribadi arwah sebagai seorang yang merendah diri, lemah lembut dan berhati baik.
Malah, Ahli Parlimen Muar itu turut menegaskan supaya pesalah dicari sehingga ke lubang cacing dan dijatuhkan hukuman yang setimpalnya.
Pertama kali kongsikan gambar bersama arwah Adib

Adib seorang yang merendah diri, lemah lembut dan baik hati

Cari penjenayah sampai ke lubang cacing

Sumber : Syed Saddiq