
Kerja Sendiri vs Makan Gaji? Jawapan Abang Ni Paling ‘Win’, Tak Ramai Terfikir Sampai Situ
Zaman mak ayah kita dulu biasanya akan fikir kerja makan gaji tu lagi terjamin berbanding kerja sendiri. Sebab dah tentu setiap bulan ada gaji, dapat pelbagai faedah dari syarikat termasuk bonus, insurans, elaun dan sebagainya. Kalau kerja sendiri ni gaji tak menentu dan dari segi perlindungan setiap hari tu pun hampir tiada melainkan carum insurans sendiri.
Tapi tu zaman dulu la. Baru-baru ni, SK ada buat temu bual orang awam bertanyakan sama ada kerja sendiri atau kerja makan gaji jadi pilihan. Pelbagai reaksi yang SK terima, ada yang kata kerja makan gaji sebab lebih terjamin dan tak kurang juga pilih kerja sendiri kerana waktu kerja fleksibel dan pendapatan tiada had.
Tapi ada seorang abang ni bagi jawapan yang memang di luar kotak dan memandang jauh ke hadapan. Bila kami tanya soalan sama, beliau jawab mestilah kerja sendiri. Mula-mula dia bagi point yang sama je iaitu masa fleksibel, gaji unlimited dan boleh jadi kuli dan boss pada masa yang sama. Tapi point terakhir dia buat kami terkedu dia kata kerja sendiri ni pun carum insurans murah je. RM13.10 je sebulan.
“Insurans apa yang murah sangat tu bang?,” tanya kami. “La korang tak tahu ke yang PERKESO ada buat LINDUNG Kendiri,” jawab abang tu. Rupanya Skim ni dah cover sehingga 20 sektor pekerjaan sendiri termasuk sektor e-hailing, penghantar barang dan makanan, pertanian, ejen dan banyak lagi.
Memang murah wei, caruman bermula RM13.10 je untuk pendapatan RM1,050 sebulan. Setahun baru RM157.20. Boleh rujuk jadual bawah ni untuk caruman yang lain mengikut pendapatan bulanan. Kita akan dilindungi bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar diperakui oleh resit pembayaran caruman tau. Maknanya, on-the-spot kita bayar je kita dah dilindungi oleh skim ni.

Antara faedah caruman skim ini yang buat SK tertarik adalah Faedah Orang Tanggungan. Faedah ni sekiranya pencarum meninggal dunia akibat bekerja sendiri, tanggungan pencarum akan menerima bayaran faedah secara bulanan mengikut kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
Bayaran akan diterima oleh balu/duda dan anak bawah 21 tahun. Jika tiada, bayaran akan diterima oleh ibu atau bapa atau adik beradik bawah umur 21 tahun atau datuk nenek. Jika duda atau balu atau ibu bapa dan atau nenek yang terima, mereka akan menerima faedah ini sepanjang hayat tau. Tiada had umur. Contoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan SK sediakan di bawah.

Banyak lagi faedah lain ditawarkan dalam skim ini termasuk Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Pengurusan Mayat dan Elaun Layanan Sentiasa. Untuk ketahui semua faedah tersebut boleh layari laman web PERKESO sekarang.
Syarat kelayakan pun mudah je. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap, tiada had umur dan individu yang bekerja sendiri untuk cari nafkah. Dokumen yang diperlukan untuk buat caruman hanya salinan kad pengenalan dan salinan bukti yang kita sedang bekerja sendiri dalam sektor yang dipilih.
Kalau anda bekerja sendiri dan sedang mencari perlindungan insurans yang menyeluruh dengan harga yang murah, SK rasa LINDUNG Kendiri ni paling berbaloi. Caruman bulanan bermula serendah RM13.10 je sebulan. Dapat pelbagai faedah yang tak semua syarikat insurans mampu tawarkan. Sekurang-kurangnya jika terjadi apa-apa sewaktu anda bekerja, anda sudah ada perlindungan pendapatan ketika anda tak berupaya untuk bekerja atau meninggal dunia. Bak kata pepatah melayu,”sediakan payung sebelum hujan.”
Untuk maklumat lanjut layari laman web PERKESO dan buat caruman anda hari ini.