kereta terbabas jatuh cerun
Krecit: Borneo Network

Kereta Terbabas Jatuh Cerun 40 Kaki

Nurhanis

Seorang individu cedera selepas kenderaan dinaikinya dilapor terbabas sebelum jatuh ke dalam cerun dengan ketinggian 40 kaki berdekatan Kampung Stungkor, Sarawak pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, pihaknya bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima laporan nahas itu pada jam 6.29 pagi.

“Kemalangan kendiri membabitkan sebuah Proton Saga BLM.

“Dua orang mangsa telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi,” katanya memetik Borneo Network.

Gambar via Borneo Network

Tambahnya, salah seorang mangsa yang berusia 24 tahun berjaya dibawa naik oleh pihak bomba menggunakan peralatan pengusung.

Manakala seorang lagi mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lundu oleh Unit Kecemasan, Perubatan, Tindak Balas dan Perkhidmatan (EMRS),” katanya semasa menjelaskan keadaan mangsa.

Setelah dibawa ke hospital, pasukan BBP memastikan lokasi kejadian berada dalam kedaan baik sebelum bergerak balik.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat pasukan bomba berangkat balik ke balai,” katanya sebelum menamatkan sesi wawancara.

Namun, kejadian berlaku masih belum dikenal pasti ekoran tidak melibatkan pihak polis.

Sumber: Borneo Network