Sebuah rakaman video yang menunjukkan kesesakan lebuh raya di salah satu daerah di Indonesia menarik perhatian ramai hingga menjadi tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan oleh beberapa individu di Facebook, mereka mendakwa kesesakan itu berlaku di Indonesia dan puncanya kerana orang ramai mahu pulang beraya di kampung atau istilah tempatan disebut sebagai ‘mudik’.
Difahamkan, kejadian ini berlaku pada waktu malam pada hari minggu. Walaupun lebuhraya tersebut mempunyai lima lorong, namun kesesakan yang dilihat di dalam rakaman tersebut amat teruk dan kenderaan hampir tidak bergerak.

Bagaimana pun, hasil semakan SK mendapati bahawa kesesakan itu bukanlah disebabkan orang ramai pulang beraya tetapi ia berlaku pada hari minggu bulan Mac lalu.
Bukan kerana orang ramai pulang beraya
Memetik Okezone Id, Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat dan Pembangunan Masyarakat Jasa Marga, Dwimawan Heru Santosa berkata kejadian kesesakan itu berlaku di Tol Jagorawi arah Jakarta pada 27 Mac iaitu sebelum menyambut Ramadan.
Beliau juga berkata kesesakan tersebut juga berlaku kerana laluan tersebut berintergrasi dengan beberapa laluan tol yang lain.
Dalam carian yang berbeza pula, turut dilaporkan bahawa kesesakan itu didakwa berpunca daripada kumpulan mahasiswa yang sedang berdemonstrasi. Bagaimanapun, dakwaan berkenaan tidak dapat disahkan.
BACA: Liverpool Ubah Jadual Latihan, Benarkan Pemain Muslim Pulang Awal & Puasa Dengan Selesa
Sumber: Okezone Id