Kereta Dipandu Warga Tua Terbabas Masuk Terusan, Penyelamat Muncul Wira, Terjun Selamatkan Mangsa

Aziezzan

Rakaman CCTV di luar negara merakamkan detik dramatik apabila seorang orang awam menyelamatkan satu pasangan tua yang kereta mereka terjunam ke terusan berikutan kemalangan bersama kenderaan lain.

Penyelamat tersebut terjun ke dalam air dan menarik keluar pemandu kereta, Joseph Abitabile, 78, dari kereta ketika hampir tenggelam di terusan Lindenhurst di Long Island, New York.

Penyelamat tersebut kemudian memecahkan tingkap disebelah pemandu untuk menarik isteri Joseph Abitabile, Delores, 76. Seorang pegawai polis yang tidak bertugas melakukan CPR ke atas wanita tersebut yang tidak sedarkan diri demi menyelamatkan nyawanya.

Mustafa Tosun, salah seorang penyelamat yang menyelamatkan pasangan itu, mengatakan kepada pihak media NBC New York: “Saya melihat kereta itu perlahan-lahan tenggelam, dan semakin tengelam. Saya berkata, ‘Ya Tuhan … mereka akan mati. Saya mesti lakukan sesuatu. Kemudian saya terjun ke dalam air. “

Dia mengatakan bahawa dia tidak menghiraukan keselamatan dirinya sendiri ketika dia melakukan tindakan tersebut dan membantu menarik Joseph Abitabile dari kereta yang tenggelam.

Tosun menambah lagi: “Saya berkata, ‘Saya tidak peduli, saya harus menyelamatkan nyawa ini’.”

Kereta Joseph Abitabiles merempuh pagar dan terjunam ke dalam air setelah bertembung dengan Subaru di jalan di Lindenhurst, kira-kira 40 batu sebelah timur Manhattan.

Pasangan tua itu dari Massapequa, salah seorang orang awam, dua pegawai polis Daerah Suffolk dan pemandu Subaru, Morris Kramer, 85, dibawa ke hospital untuk dirawat kerana kecederaan.

Seorang jurucakap polis berkata: “Dua pegawai polis daerah Suffolk, seorang pegawai Polis Lake Success dan lima orang awam telah menyelamatkan sepasang suami isteri dari kenderaan mereka setelah ia tenggelam di terusan Lindenhurst setelah sebuah kenderaan terbabas.

Kenderaan jenis Ford 2018 dan Subaru 2016 terlibat dalam kemalangan kenderaan di Venetian Promenade dan Montauk Highway kira-kira jam 12:10 malam.

Selepas kemalangan itu, pemandu Subaru mengundurkan kenderaannya ke Lebuhraya Montauk yang menuju ke timur, di mana ia dilanggar oleh kenderaan jenis Mercury 2004.

Kenderaan Mercury 2004 itu kemudiannya melanggar pagar dan memasuki terusan.

Lima orang awam, Pegawai Polis Daerah Suffolk yang tidak bertugas, John Tighe dan Pegawai Polis Daerah Suffolk yang bertugas, Debra Gearon melompat ke dalam air dan menarik pasangan tua tersebut dari kenderaan.

Penyelamat memecahkan tingkap kereta itu untuk mengeluarkan isteri Abitabile, Delores, 76, yang tidak sedarkan diri.

Pegawai Polis daerah Lake Success, Robert Russo melakukan CPR pada wanita itu dan memeriksa nadi serta pernafasannya menjadi pulih.

Joseph Abitabiles, dari Massapequa, seorang orang awam, dua pegawai Polis Daerah Suffolk, dan pemandu Subaru, Morris Kramer, 85, dari Atlantic Beach, dibawa ke Hospital untuk rawatan.

“Pemandu kenderaan jenis Ford, Greg Destefano, tidak mengalami kecederaan.”

SUMBER : Mirror