Seorang lelaki berasa terkejut apabila mengetahui bahawa dia telah hidup ‘bersama’ peluru dalam tengkoraknya sejak 20 tahun yang lalu.
Mengeksplorasi artikel Oddity Central, Xiao Chen, 28 tahun di China didakwa telah mengalami sakit kepala sejak dahulu lagi.
Namun sejak kebelakangan ini, rasa sakit kepalanya semakin menjadi-jadi. Pada awalnya, dia menyangka puncanya hanyalah disebabkan tidak cukup tidur.
Akhirnya, dia memutuskan untuk mendapatkan nasihat perubatan di Shenzhen University General Hospital dan doktor mendapati terdapat punca sakit yang agak pelik.
Bagaimanapun setelah melakukan ujian imbasan MRI, doktor tersebut mengesahkan bahawa terdapat objek pelik di bahagian kiri (dalam) tengkoraknya.
“Pemeriksaan lebih lanjut mendedahkan bahawa objek kecil tersebut adalah peluru logam, jadi kakitangan hospital mengajukan soalan bagaimana ianya boleh berada di situ,” tulis Oddity Central.
Teringat sejarah 20 tahun lalu
Menariknya, Chen teringat bahawa ketika beliau berusia lapan tahun dahulu, dia dan abangnya bermain pistol semasa berada di rumah dan dia ditembak tepat di bahagian kiri kepalanya secara tidak sengaja.
Menurut Chen, gara-gara risau dimarahi ibu bapa, dia langsung tidak memberitahu mereka akan kejadian itu, malah lukanya hanya ditutupi dengan rambut.
Tambahnya lagi, disebabkan dia didakwa tidak berasa sakit akibat ditembak, lama-kelamaan dia hanya membiarkannya sehinggalah terlupa terus.
Mengenang kejadian ‘tembakan’ itu, doktor tersebut memberitahu Chen bahawa dia adalah seorang yang bertuah kerana masih lagi hidup hingga saat ini.
“Dia telah melakukan pembedahan pada bulan lalu dan peluru berukuran satu sentimeter tersebut berjaya dikeluarkan,” lapor Oditty Central.
Sumber: Oddity Central