Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita pemain dari Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ketika beraksi di hujung babak pertama dalam kempen EURO 2020.
Doktor mengesahkan Eriksen mengalami salah satu masalah jantung iaitu Cardiac Arrest. Tindakan pantas, rakan sepasukan dan pasukan medikal yang bertugas telah berjaya menyelamatkan Eriksen dan kini berada dalam keadaan stabil.
Kejadian mati mengejut kerap dikaitkan dengan masalah jantung, jadi pada hari ini SK nak berkongsi kepada anda beberapa tanda penyakit jantung yang perlu anda tahu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara tanda-tanda tersebut ialah:
Kerap kencing malam
Kebas
Berdebar-debar
Berasa sejuk walau suhu persekitaran panas
Penglihatan kabur
Haus/Dahaga
Sesak nafas
Berpeluh dingin
Pening kepala dan berasa loya
Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
Sakit dada yang menekan-nekan bermula dari bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.
Jika anda kerap mengalami tanda-tanda yang disebutkan di atas sila ke hospital atau klinik berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan awal. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Sumber: KKM