Biasa kita dengar kisah mengenai individu yang sanggup menjual buah pinggang mereka semata-mata untuk membeli sebuah telefon pintar berjenama, bukan?Namun lain pula ceritanya bagi lelaki dari Subulussalam, Indonesia ini.
Lelaki yang merupakan pengguna di Facebook ini telah memuat-naik satu status di mana beliau mahu menjual organnya itu bagi mendapatkan wang untuk membeli sebuah rumah untuk memenuhi permintaan isterinya.
Foto: FacebookMenurut kiriman tersebut, beliau dan isterinya kini sudah berpisah dan isterinya meletakkan syarat untuk dia memiliki rumah sendiri terlebih dahulu sebelum merujuk kembali hubungan mereka.
Melihat kepada tangkapan skrin perbualan mesej di antara lelaki tersebut dan isterinya, beliau dan isterinya sebelum ini tinggal bersama kedua ibu bapa mereka, namun tidak berasa senang dengan perkara itu.
Foto: FacebookJusteru, isterinya meminta untuk beliau mencari sebuah rumah untuk mereka tinggal bersama sendirian dan tidak kisah sama ada rumah itu kecil mahupun besar.
Walaupun beliau pada mulanya dilihat mengaku kalah dan tidak sanggup memenuhi permintaan isterinya itu, ternyata kasih sayangnya terhadap si isteri sangat tebal sehinggakan beliau sanggup memuat-naik kiriman untuk menjual buah pinggang itu.
Tindakan lelaki ini mendapat reaksi bercampur-baur daripada rakan-rakan di Facebook-nya namun rata-rata mereka kurang bersetuju dengan pilihan beliau untuk menjual buah pinggangnya semata-mata mahu memenuhi tuntutan isteri.
Sumber: BeritaKini