Kerajaan akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan menghadapi cabaran inflasi.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti yang dilaporkan Bernama dalam laporan ringkas sebentar tadi.
“Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ditubuh bagi bantu Keluarga Malaysia hadapi cabaran peningkatan kos sara hidup,” katanya, memetik Bernama di Twitter.
Difahamkan, pasukan khas itu akan mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu berkaitan inflasi serta mengawal kenaikan harga barang.
Dalam pada itu, tambah Ismail, inisiatif tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Bernama